05 September 2011

Raya & boarding anak bulus


Hi uolss..


Masih demam raya eh! Sakan tak beraya?

Alhamdulillah, walau dah jd mak yong manage to cook utk dua buah rumah this year. 

Sakan-xsakan sempat la beraya ke rumah saudara-mara tapi still ada juga yg tertinggal. Al-maklum dah kena bahagi dua bahagian kan. Jadi, kepada saudara-mara & rakan-rakan, yang saya tak sempat berkunjung ke rumah anda.  Ampun dan Maaf di pinta. Insyaallah, akn berusaha juga utk berkunjung.  Al-maklum kata raya sebulan kan ;P.

Dan semalam saya sudah bekerja.  Walau berat rasa nak bekerja. Al-maklum cuti dah lama kan. Tapi cukup-cukuplah beraya tu kan.  Masa utk bekerja & berbizz plak :)

And Hari Sabtu, smpi kat Paka terus menjemput anak-anak bulus saya yg di boardingkan (Rabbits & cat).  Tapi,  sad to say my cat Apin dah mati pagi sabtu tu :(.  Saya redha la sebab condition Apin pun saya xsampi hati tgk, dia lumpuh kedua kaki belakang.  Smpi bawa ke vet pun depa nak bg mati, tapi saya bertegas nak jaga sebab biarlah Allah yg tentukan bila Apin nak mati.

Before boarding pun memang Apin xnak mkn sgt.  Memang dah masa dia kot.  Biarlah dier pergi dari terseksa.

And hari ahad tu juga, tersebar dlm FB KTAJ tentang petknode boarding centre yg menganiaya haiwan2 yg dihantar utk boarding sempena hari raya.

Kalau tgk gambar memang kejam sgt.  Kucing xbertuan pun xkurus kering macam tu.  Siap ada yg mati lagi. Sebab, sepanjang7-8 hari di boarding all those cats tak diberi mkn atau minum walaupun their owner ada tinggal pek2 makanan.

nie berita from Harian Metro ;

*******************************************

16 kucing mati

Oleh Na’imah Mohamed
na’imah@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
TERBIAR...kucing yang dibiarkan di luar premis.
TERBIAR...kucing yang dibiarkan di luar premis.
PETALING JAYA: Sebuah pusat penjagaan haiwan ‘diserbu’ pemilik haiwan selepas mendapati haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ dibiarkan kelaparan sehingga ada yang mati di Damansara Damai, di sini, semalam.
Dalam serbuan jam 9.30 pagi itu, beberapa pemilik haiwan yang disertai 20 sukarelawan datang menuntut haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ sejak 27 Ogos lalu sempena cuti Aidilfitri.
Menurut seorang sukarelawan yang hanya mahu dikenali sebagai Emi, 36, mereka mendapat maklumat mengenai pusat jagaan berkenaan di laman sosial facebook selepas beberapa pemilik menyelar perbuatan pemilik pusat terbabit yang menjaga haiwan peliharaan mereka sambil lewa dan dipulangkan dalam keadaan yang teruk.

“Mereka dijanjikan dengan penjagaan rapi sedangkan selepas dihantar pulang, haiwan peliharaan mereka kurus kering dan berbau busuk.


“Oleh itu, kami mengumpulkan beberapa sukarelawan dan pemilik haiwan untuk menyiasat apa sebenarnya berlaku di pusat jagaan terbabit,” katanya.


********************************************


dan ini dr FB KTAJ










Kalau tgk condition kucing-kucing nie semua adalah sgt teruk. Lagi teruk dr kucing yg bertuan. Mind you all those cats nie bertuan taw.  And some othe cats harga riban-riban yg jenis parsi, mix etc.


And the owner ada yg masih di overseas bercuti-cuti and ada yg masih xtahu perkembangan cats depa sebab masih bercuti, kat kg atau xder FB etc.


Kesian semua kucing nie.  Walau saya bukan la pencinta kucing sgt2.  Tapi hati memang tersentuh.  Gemuk lagi Apin saya tu walau lumpuh seumur hidup 
:((


and the owner of Petknode tu adalah Melayu Islam.  Sampai hati kan. Memalukan sungguh.


and this is link utk tahu kisah selanjutnya


Link 1
Link 2


And this is FB Petknode yg di tubuhkan oleh rescurer & owner2 kucing yg boarding at petknode utk berita selanjutnya


Tolong sebarkan berita ini, semoga kucing-kucing tersebut selamat dan sihat seperti sedia kala :)





Luv,



Note: We an authorized dealer of Premium Beautiful. We provide professional service and consultation to make sure you all get the best. Free demo and consultation provided.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...