25 September 2011

Niat dalam mengejar Kejayaan





Hi uolss...


Rasa lamanyer xupdate, sekali huhuhu memang 5 hari jugak ;)

Kebizian melanda dgn kerja opis yg melambak.  Maklum mak yong dah masuk 2nd trimester sooo memang Dr appointment melambak dgn kena buat test itu ini. Ok, tinggalkan cerita2 itew.

Doakan semoga kesihatan puan tanah berkekalan hingga melahirkan :))))

So, today baru boleh belek2 blog tu pun kejap jer nie.  After this, kena settle kan kerja opis ;)

Weekend lepas blk dr KL, dr ber personal touch my bizz partner. Alhamdulillah, Semoga dengan tercurah perkongsian strategy bizz Liza bole berjaya dgn cemerlang lepas nie wokeh. 

Today, macam biasa Nora suka berkongsi motivasi yang Nora dapat dr forwarded email :)

So today kita cerita mengenai NIAT

Niat menjadi pendorong terbesar buat kita dalam apa jua yang kita lakukan. Sebagai contoh,kenapa kita bersembahyang/bersolat? Sebab kita niatkan untuk Allah, untuk mengikuti perintahnya. Kita bersembahyang/bersolat kerana kita diwajibkan bersolat :)

Soalan seterusnya, kenapa kita mahu berjaya? Haaa.. biasanya, bila kita menjawap soalan ni, kita akan terdiam seketika. Bingung. Keliru. Tak tahu. Tak pasti kenapa nak memburu kejayaan.

Ada banyak sebab kenapa kita mahu berjaya. Sebab paling kerap, kita mahu senang. Kita mahu memiliki semua apa yang kita mahu beli, kita mahu pergi tempat yang kita teringin nak pergi, kita mahu luangkan masa untuk melakukan perkara-perkara yang kita minati.

Kemahuan kita akn berbeza mengikut individu.  Yang pasti semua org mahu berjaya. Tak kira lah kejayaan itu dtaang dalam bentuk apa?

Tetapi, apakata kita niatkan kecemerlangan kita untuk orang sekeliling. Jadilah seorang yang mahu berbakti sebab bila kita memasang niat sebegitu, motivasi kita akan kekal lama. Dedikasikan tenaga kita untuk membantu memperbaiki diri orang lain kerana kita akan merasa amat termotivasi.

Sebagai contoh, sayangilah seseorang kerana mahu membahagiakan dirinya. Jadilah seorang pelajar cemerlang dengan niat kecemerlangan itu untuk membahagiakan hati ibu dan bapa kita.

Jadilah seorang pekerja cemerlang supaya organisasi kita bergerak maju ke depan hasil usaha keras kita. Jadilah seorang bos yang membentuk pekerja-pekerjanya jadi pekerja berjaya, bukan hanya tahu memarahi kesalahan mereka.

Kita akan berjaya mengecapi kejayaan apabila kita dedikasikan diri kita untuk membentuk kejayaan orang lain.

Sebaik-baik niat untuk jadi orang berjaya adalah niat untuk membantu menggerakkan insan lain memajukan hidup mereka. Orang tak akan maju jika mereka tidak ada contoh ikutan untuk mereka memajukan diri.

Jadilah penginspirasi, bukan pengkonspirasi.

Jadilah seorang penyumbang, elakkan asyik mempersoal hak, darjat, pangkat dan maruah.

Luv,



Note: We an authorized dealer of Premium Beautiful. We provide professional service and consultation to make sure you all get the best. Free demo and consultation provided.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...