10 August 2011

Catatan perjalanan

Salam uolss..


Rasanyer macam lama xupdate blog kesayangan nie.  Maklumlah Bulan Ramadhan nie kan, working hours singkat.  Workloads still sama dengan bizz lagi kan, alhamdulillah semangkin ada kemajuan :)


Tup-tup baru perasan, alamak today lom bebel kat blog tp tgk jam dah abih working hours ekekke


Kalau before Ramadhan, bgn kul 5 pg utk update blog.  Tetapi, now bgn juga pukul 4 pagi tapi udah masuk office utk prepare bersahur ekekekee.  Lepas tu lintang pukang kemas rumah aper patut...




Ujung2, blog juga xberupdate.  Being mak yong memang Dr advice, more rest but Nora bukan org yg bole duduk rest diam2, sure ada jer nak buat.  Tetapi  Alhamdulillah setakat 10 hari berpuasa nie, still manage to cook for iftar & bersahur utk seisi keluarga macam la besar sgt kan utk 2 org mkn pun ekekeke


Today, baru berkesempatan nak update blog.  Sekali tgk starts status, mak oiii ramainyer visitors.  Nie semua penangan entry my mommy in this bizz Ain eheheehe.. Terharu plak rasanyer.. Thanks ye mummy, banyak betul bg tunjuk ajar & dorongan :)


Terima ksih kerana berkunjung dear readers, nanti dtg lagi yek. Jangan serik taw ;)


Ramai orang bertanya, macamana buat bizz without maid nie ;)


Good Questions every one..


Nora memang maidless sejak dari beranak satu, tapi jangan ingat Nora Supermak.  Walau maidless, Nora dah train my doter utk buat sedikit kerja rumah yang dier mampu like short-out baju-bajan & kemaskan her own stuff dan hubby juga terlibat sama, so everyone dlm rumah ada peranan masing-masing.  Macam zaman kita dulu-dulukan eheheeheh


Tolong mama sort-out baju bajan :)


Dan sejak beranak dua nie, baru amek part time maid. Itupun, utk kerja-kerja iron & lipat baju shj 


Utk berbisness memang Nora angkut seisi rumah.  Itu kalau jauh, kalau setakat area yg Nora bole drive memang Nora redah alone :).  If bawa anak-anak, Nora jumpa clients & hubby jaga anak-anak.  If berjumpa org yg dah biasa like kawan2, anak-anak akn join.  But if kawan yg baru kenal, memang hubby akn jaga anak-anak.


Kami nie suka berjalan uolss, makanyer dgn berbizz sambil menyelam bole minum air gitu kan ;)


Pembakar semangat Nora & hubby :)


Dan alhamdulillah, anak-anak xpernah menjadi beban kepada Nora & hubby utk bergerak kesana-kemari.  Dan sebaliknya, mereka menjadi pembakar semangat untuk Nora terus berjuang dlm bizz.


Chinta hati Nora :)


Sokongan juga tidak dinafikan kepentingannya uolss dan alhamdulillah hubby Nora sgt2 menyokong Nora dlm bizz nie.  


Tetapi, untuk sesiapa yang lone ranger dlm berbizz tanpa sokong orang tersayang.  Usah risau, keluarga bizz ini adalah sgt2 menyokong di antara satu sama lain.  Dan sebenarnya, hubby kita bukan xsokong tapi dia masih ragu dgn kemampuan isteri tercinta yang konon2 dia sgt tahu dan kenal kebolehan isteri sendiri sejak akad dilafazkan.  




Maka nyer kawan-kawan, buktikan kita boleh berjaya. Insyaallah, terbuka hati & mata husband nanti.  Jangan lupa, berdoa juga kepada Allah kerana doa adalah senjata orang mukmin yang terbaik :)


Kalau xbiz pun, alhamdulillah kami masih cukup makan & pakai tapi still adalah sesak hujung-hujung tu kan.  Tapi, jika di beri peluang untuk mendapat yg lagi baik kenapa harus kita lepaskan.. betul tak?


Dan sebenarnya, Nora ada matlamat dalam berbizz. Xpernah Nora reveal dlm blog kan ;).  Antara Matlamat Nora adalah ;


sapa xnak kan ?


Pertama, Nora nak Financial Freedom.  Di mana, mempunyai duit yg bukan sahaja cukup untuk melangsaikan hutang piutang, membantu keluarga, menabung untuk pendidikan anak-anak & hari tua tetapi juga cukup untuk memberi sumbangan kepada orang yg kurang berkemampuan. 


Sekarang pun, masih mampu memberi sumbangan tapiii kalau bole yang lagi selesa why not kan? 


ayah & ibu tercinta


Satu lagi, Nora teringin sangat untuk bagi monthly allowance kat mak dan ayah sekurang-kurangnya RM1-2k sebulan dari tangan Nora sendiri tanpa mengharap kepada suami.  Mak dan Ayah Nora bukan lah orang yg susah sgt dan juga bukan orang yang senang sgt.  Kami datang dr kampung, berhijrah ke Felda untuk merubah hidup.


Kerana prinsip ayah yg mahukan perubahan dalam keluargalah maka kami dapat duduk di Felda.  Kalau nak tahu ayah Nora adalah bekas askar.  Sebab xnak makan pencen gomen sampai tualah, maka ayah pun berhenti and apply utk masuk ke Felda.  Dan prinsip ayah juga buat pegangan Nora selama berbiz.  


Sentiasa berubah mencari yang lebih baik !  


Memang RM1k atau RM2k xternilai dgn pengorbanan yang mereka dah buat utk membesar dan mendidik Nora sehingga berjaya menjadi Nora sekarang.. Tetapi sekurang-kurangnya itu adalah tanda penghargaan Nora kepada jasa-jasa mereka..


Yang kedua, untuk diri Nora & Keluarga.  Nora mahu menyediakan asas pendidikan di dunia & akhirat yang terbaik untuk anak-anak Nora nanti.  Semakin hari semakin tinggi kos pendidikan dan Nora berharap satu hari nanti, Nora mampu tidak berharap kepada kerajaan untuk membiaya anak-anak belajar setinggi yang boleh..


impian semua org muslim


Nora juga berharap sangat-sangat dapat mengerjakan rukun islam ke lima dalam usia muda bersama suami.  xmo tggu dah tua sebab kita tak tahu masa tua kita macamanakan kawan-kawan.  Dan jika diizinkan, Insyaallah teringin sangat untuk mengerjakan Haji bersama-sama mak & ayah Nora dibiaya sepenuhnya oleh Nora (Alhamdulillah, mak dan ayah nora dah pun menunaikan haji pada thn 2009 itupun hasil tabungan mak & ayah dari mula memasuki Felda dan ditambah dgn sumbangan kami adik-beradik).


cantikkan.. ala-ala country gitu kan


Selain itu, Nora berharap satu hari nanti Nora mempunyai sebidang tanah yang cukup untuk Nora & hubby mendirikan rumah buat hari tua kami dan mempunyai dana yang cukup untuk membiayai kos penghidupan kami sehingga hujung nyawa kami tanpa bergantung kepada anak-anak.


best kan


Dan antara impian Terbesar Nora adalah untuk mendapat Time Freedom.  Sejak beranak satu sampai nak masuk ketiga nie, Nora adalah ibu yang bekerjaya.  Dunia Nora 8.30pg - 5.30 ptg.  Bekerja di dalam bidang yang di monopoli lelaki & majoriti adalah lelaki walau xsusah tapi juga xsenang kawan-kawan.  Walau semua bangsa sendiri tetapi paham-paham jer la kan, office politics sgt2 menyesakkan ;)


So how, this bizz adalah peluang Nora.  Dan Nora berharap satu hari nanti.  Nora mampu mengendalikan anak-anak pergi sekolah-pulang sekolah di samping berbizz dan menjana pendapatan sampingan. Work from Home (WAHM) org kata skrg kan ;)


Wanita bekerjaya mana xnak moment nie?


Seronok dapat melihat anak membesar di depan mata sendiri. Business ini adalah sgt senang kawan-kawan, we decide macamana kita nak? Semua di hujung jari. Xperlu pening kepala pikir  sewa kedai, gaji pekerja, bil utilities etc..


Plan marketingnya pulak adalah sgt senang hanya 


"Duplicate the Leader"


Berimpian tak salah kan kawan-kawan.  Yang salah, adalah tidak berani berimpian dan berimpian tanpa tindakan.


Nora berharap Nora bole merealisasikan impian Nora satu hari nanti. 


Macamana dengan kawan-kawan, ada impian yang perlu di realisasikan?? 



Jangan takut berimpian kawan-kawan, Kata Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah.  "Bila kita berimpian, otak akan mendapat signal positif, otak akan menjadi kreatif untuk menjana idea-idea bagi merealisasikan impian kita!".  


Maka kawan-kawan marilah berimpian.. FOC shj tau ehehehe


Memang betul, dalam apa jua perkara kita kena beristiqamah, bersederhana dan buat secara berterusan. Semoga kita semua berjaya dlm bidang masing-masing..


Dan jika kawan-kawan termasuk di dalam golongan Nora, yang sedang berusaha mencari peluang berbizz, menambahkan pendapatan atau mencuba mengubah diri dari kebiasaan...

Bole call Nora @013 981 6675 atau 
email norahamsan@yahoo.com


Insyaallah, Nora akan kongsi & bantu sebaik yang mungkin :)


Ingat kawan-kawan.. sentiasa mencari yang terbaik dalam hidup kita dan jangan sesekali lupa pada Allah!




Luv



Note: We an authorized dealer of Premium Beautiful. We provide professional service and consultation to make sure you all get the best. Free demo and consultation provided.

6 comments:

  1. cayalah NORA,moga impian kita sume akn tcapai hendak NYA..aminnnn.sume org nk bjaya dlm idup kn?

    ReplyDelete
  2. noya.. i support you!! seronok dgr citer2 dan impian kau yg bermotivasi serta positif. terbaek!!!

    ReplyDelete
  3. Liza : yes dear... memang semua orang nak berjaya dalam hidup.. cuma kadang2 kita nak berjaya tapi kita takut nak mencuba :)

    Insyaallah.. Nora doakan Impian Liza pun tercapai.. Insyaallah...

    ReplyDelete
  4. Yatie : thanks yatie... sgt2 terharu dgn sokongan kawan sendiri taw...

    anyway kena juga buat entry ini utk memberikan guide kat diri sendiri supaya jgn lupa kepada matlamat asal..

    ReplyDelete
  5. Sebak dan bersemangat baca entry Nora. Ain doakan moga segala impian Nora tercapai dan usaha dipermudahkan oleh Allah SWT.

    ReplyDelete
  6. Ain : awak sebak nora masa buat entry dah berlinang air mata.. cuma xkeluar la sempat di cover...

    entry nie utk panduan nora supaya tak tersasar dr landasan... TQ ain.. semoga impian kita semua tercapai :) aminn

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...