28 July 2011

Tips Berpuasa bagi Mak Yong



Salam semua...

Anyway, Nora nak share tips berpuasa utk makyong yg macam Nora kat luar sana..


Nanti akn menyusul Tips utk Breastfeeding mom di bulan Ramadhan okeh... bg lepas dulu pasal mak yong sebab Puan Besar tgh memboyot ekekeke

Semoga membantu uolss ok!



Dalam Islam, mengikut mazhab Imam Syafie, ibu yang mengandung atau ibu yang menyusu boleh berbuka puasa.  Terdapat 2 hukum iaitu berbuka kerana bimbang kesihatan dirinya akan terjejas atau berbuka kerana bimbang kesihatan anaknya.

Sekiranya ibu itu berbuka puasa kerana takut berlaku kemudharatan pada dirinya disebabkan puasanya itu, maka wajib bagi ibu itu untuk qodo' puasanya sahaja sebelum tibanya Bulan Ramadhan yang akan datang. 


Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh At Turmuzi (715) dan Abu Daud (2408) dan selainnya, dari Anas Al Ka'bi radiallahu anhu, telah berkata Rasulullah S.A.W : sesungguhnya Allah S.W.T telah mengangkat puasa orang yang bermusafir (dibolehkan berbuka) dan telah mengurangkan solatnya (boleh diqosorkan solatnya itu), dan diangkat puasa(boleh berbuka) orang yang hamil dan menyusukan anaknya. 

Maksud mengurangkan solat ialah memberi kelonggaran mengurangkan rokaat solat dan adapun yang dimaksudkan dengan diangkat puasa bagi ibu yang hamil dan menyusukan anaknya itu ialah dibenarkan berbuka dengan menggantikan puasanya itu.

Beberapa kajian telah mengkaji tentang berat kelahiran. 
  • Adalah didapati bahawa tiada perbezaan antara bayi yang ibunya berpuasa dengan bayi yang ibunya tidak berpuasa.
  • Beberapa kajian telah mengkaji IQ bayi dan mendapati tiada perbezaan.
  • Beberapa kajian menguji sampel darah daripada ibu yang hamil di mana perubahan dikesan. Walau bagaimanapun, perubahan ini tidak membahayakan ibu-ibu tersebut. Kajian ini membuat perbandingan berat kelahiran dan mendapati tiada perbezaan.
Sekiranya ibu itu berbuka kerana bimbang kesihatan anaknya dan takut kandungannya gugur jika dia berpuasa, ataupun takut susunya akan berkurangan dan membahayakan anaknya, maka wajib bagi ibu itu untuk berbuka dan qodho' puasanya itu dan dikenakan fidyah iaitu bersedekah satu cupak dari makanan asasi bagi hari yang dia berbuka.

Terdapat pelbagai pendapat mazhab lain, ada yang menyatakan cukup membayar fidyah tanpa menggantikannya.  Namun kita di Malaysia mengamalkan mazhab Imam Syafie jadi masih perlu menggantikan puasa.

Ketika berpuasa untuk ibu mengandung dan menyusu, penting mengambil makanan yang mencukupi dan seimbang.


Tip-tip untuk ibu mengandung 
(as per Rayyan pregnancy experience)

Semasa Bersahur
  • Bersahur pada lewat waktu menghampiri Subuh. Selalu Nora akn bersahur dlm pukul 5 pg.
  • Pastikan makan seimbang ketika bersahur.
  • Biasanya kita kurang berselera makan ketika sahur, cuba pastikan makan dan minum secukupnya. Nora plak ada jer selera.. so kena make sure) mkn bijirin spt oats + nestum, susu anmum, nasi & ikan, sayur.
  • Make sure mkn vitamin for pregnancy yg Doc. bg.. so skrg Nora amek Iberet :)

Semasa Berbuka Puasa
  • Berbuka puasa apabila masuk waktu.  Jangan tunggu. Lagipun sunat berbuka awal. 
  • Selepas itu pastikan minum dan makan sepanjang malam (mengikut sela waktu kesesuaian badan) untuk elak kekeringan. 
  • Selalu, masa berbuka akn minum hot drinks kalau tak esok hari akn xbermaya & mkn kuih dulu.
  • Lepas tarawikh akn mkn yg heavy tapi not Nasi.. saya bukan nasi type person utk breakfasting :)
  • Makan makanan yang melepaskan tenaga secara perlahan seperti kurma ketika berbuka. 
  • Elak makanan bergula yang meningkatkan tahap gula dengan cepat dan ia juga akan turun dengan cepat, jadi ini boleh menyebabkan anda pitam dan pengsan. (wah nie kena avoid since, T'ganurian memang sweet jer semua kuih dier :))
  • Dapatkan protein mencukupi dari kekacang, telur dan daging yang di masak sepenuhnya.


Tanda-tanda yang patut anda perhatikan
  • rasa nak pitam, penat atau lemah. Cuba berehat ½ jam, namun jika masih tidak berkurang tanya pendapat doktor anda.
  • rasa loya dan muntah
  • perubahan pada pergerakan bayi
  • terasa dahaga dan warna air kencing menjadi gelap dan berbau kuat. Tanda kekeringan 
  • terasa kontraksi yang sakit. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera. 
  • Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
  • Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.

Akhir kata,


Semoga kita semua mendapat barakah di bulan Ramadhan, Amin :)



Luv,




Note: We an authorized dealer of Premium Beautiful. We provide professional service and consultation to make sure you all get the best. Free demo and consultation provided.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...