26 June 2011

Positive Thinking


hi lovely readers,

Kita mulakan our weeks today dgn Positive Thinking udah macam penceramah motivasi ek.. ehehe btw saya bukan qualify utk motivational person tetapi saya suka sgt mencari website motivational or motivational quote utk motivatekan diri sendiri especially and suka utk share dgn org sekeliling and sgt suka if someone motivated because my writing ;)

Wokeh, utk T'ganurian Sunday sama seperti Monday utk org2 luar T'ganu.  So, xder istilah Monday Blues utk kami ekekekeke

So, suka utk nora share pasal Positive Thinking 



Bila kita berada di persekitaran yang dikelilingi oleh orang-orang bermindset negatif dan mereka sedang mengatakan sesuatu yang negatif, sebenarnya kita sedang menyediakan diri kita untuk dijangkiti pemikiran negatif.

Kita akan terjangkit pemikiran negatif mereka, Kita akan terbawa-bawa oleh cakapan negatif mereka sebab kita rasa seronok bercakap begitu seperti mereka.

Cara terbaik untuk mengelakkan kita dijangkiti pemikiran negatif adalah dengan berdiam diri, cuma memberi respon ketika di minta atau ketika dirasakan perlu.  Elakkan untuk menyertai perbincangan bersifat negatif.

Elak menyertai perbualan bersifat negatif.  Mengumpat, mengeji, memburuk-burukkan dan mentertawakan seseorang adalah contoh perbualan bersifat negatif.

Kita tak akan dapat mengelak habis dari perbualan negatif sebab orang-orang yang menyertai perbualan sebegini adalah kawan-kawan kita sendiri.  Kita akan dianggap sombong dan membenci apabila tidak menyertai mereka.  Untuk mengambil hati mereka, Kita kena join.  Bila sudah join, bahayanya Kita akan jadi orang berfikiran negatif seperti mereka.

Diam adalah cara terbaik.  Diam lebih baik dari bersuara untuk mengata dan dari mengutarakan rasa -tidak puas hati.  Bila sudah tidak puas hati, kita akan tidak puas hati berkali-kali untuk hari-hari seterusnya.


Oleh itu, kalau kita duk kat kwn2 yg ckp perkara2 negative ni...lebih baik kita mendiamkan diri saje...diam bukan bererti kita kalah atau lemah....

Tapi, we preserve our Positive Aura supaya tidak di  serap oleh aura negative ini!







Note: We an authorized dealer of Premium Beautiful. We provide professional service and consultation to make sure you all get the best. Free demo and consultation provided.

2 comments:

  1. awww...i like this post! positive thinking is my mantra!

    ReplyDelete
  2. Hi Yatie,

    Alhamdulillah.. ada juga kawan ai yg terkesan dgn post nih!

    Keep ur mantra in Positive way dear!

    Good Luck :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...