16 June 2011

Bahaya Pemikiran Negatif


Sedarkah kita betapa bahayanya duduk berdekatan dengan orang yang fikirannya negatif.  Mcm mana yang kenal orang2 ni? Cuba lihat dua perkara ni:

1. Percakapannya.
2. Tindakannya.

Orang berfikiran negatif banyak bercakap mengenai keburukan orang lain, dia biasanya banyak meluahkan ketidakpuasan hatinya.  Dia suka menceritakan kegeramannya terhadap sikap orang-orang tertentu, situasi tertentu, benda tertentu.  Dia lebih banyak mem’blame’ (menyalahkan).

Orang berfikiran negatif cepat memandang buruk pada sesuatu yang baru.  Tindakan mereka lebih banyak mengelak dari tanggungjawab.  Jika diberi tanggungjawab, orang berfikiran negatif biasanya akan buat ala kadar saja.

Dalam bisnes, orang berfikiran negatif berbisnes untuk mencari duit supaya dia cepat kaya.  Orang berfikiran positif pula berbisnes untuk dia menabur bakti dan membantu orang lain.  Untung dan duit menjadi perkara kedua, kepuasan pelanggan lebih utama. Mindset fikiran negatif wujud tanpa disedari.

Jika kita perasan kita ada sikap-sikap negatif seperti yang diterangkan tadi, ubah cepat sebab sikap itu akan jadi penghalang untuk kita cemerlang.  Orang berfikiran negatif takkan pernah cemerlang, bahkan berusaha menghalang dirinya dari jadi cemerlang.

Oleh itu, kita mestilah sentiasa berfikiran positif. Think positive...confirm you can do it!!!





Sharing is Caring & Loving :)




Note: We an authorized dealer of Premium Beautiful. We provide professional service and consultation to make sure you all get the best. Free demo and consultation provided.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...