29 June 2011

Activity Weekend

Alhamdulillah Sabtu petang sudah sampai dgn selamatnya kat rumah..


Rasa lama betul xbalik Kg.  Alhamdulillah semua sihat sihat..


Matlamat utama adalah untuk memenuhi tekak mengidam mak yong ahahahahahaha..


nak tahu aper yg mak yong idam kan... nie listnya ek..


1.  Sambal Tumis Ikan bilis+ terung pipit (air tangan bonda saya yg 
tersayang)


Gambar google




2.  Rendang Hati (juga air tangan Bonda ku yg tersayang)


Gambar google




3.  Mee bandung muar (kedai mali tp xbest la this time, kurang kick)


Gambar google




4.  Rojak Jawa (Kedai mali tp xkick dan xjawa sebab xletak tempe.. aper kahhh)


Gambar Google


Untuk sesapa yang tak tahu, Rojak Jawa nie lebih kurang sama macam Rojak Mee cuma ditambah ingredient Tempe.  Terus jadi Rojak Jawa ahahahahaha




5.  Pisang tanduk goreng (dpt mkn 2 round ahahaha susah wooo nak cari kat ganu pisang tanduk)


Gambar Google


Perghh sedap! makan pulak cicah sambal kicap ekekekeek


kat T'ganu org makan goreng pisang xder cicah2 tau.  Di makan alone ahahaha.  kepok baru bercolek.  Balik Johor baru jumpa sambal kicap, sedap meletop wa cakap luu ekekekeeke




6.  dapat juga mengambil daun2 untuk project Sambal Tempoyak daun kayu saya ahahahaahaha.  Project nie semalam balik kerja sudah selamat saya buat.  dan sudah selamat berada di dalam Peti Sejuk ekekeekek




Gambar google

Gambar Google

Nie bahan-bahan dier :
1. Daun Kaduk (yg macam sireh), 
2. Daun kunyit 
3. Serai
4. Daun Ubi jgn lupa

Gambar Google




5. Terung Pipit - sepatutnya petai tp saya carik xder
6. Tempoyak
7. santan pekat
8. Bawang besar di hiris halus
9. Cili api - 10 biji nak lg pedas tambah lagi (dikisar)
10. Sedikit Kunyit
11. Garam, Gula, asam gelugur


Cara Buat ;
1. Hiris semua daun-daun dan serai seperti buat bunga rampai
2. Masukkan semua bahan dalam periuk atau kuali kecuali santan pekat
3. Masak semua bahan dengan tempoyak sampai layu
4. Dah layu masukkan santan pekat beserta sedikit kunyit (nak bg effect kuning)
5. selepas tu perasakan dgn garam, gula dan asam gelugur atau air asam jawa.


ha cuba tau ehehehehe




Selain makan-makan melayan tekak mak yong... owh btw segala lauk di atas hanya diratah wokeh, saya still xleh terima nasi... but saya akan belajar secara slow motion.  Btw, my gynea cakap, saya kena practice amek small amount of rice utk elakkan baby saya membesar bagai johan dr Rayyan OMG... imagine baby lebih besar dr 4 kg dlm perut saya ahahahahaha


ha ketawa la ko mak yong, baik berjaga2 wokeh !


and good news is... now i'm 12 weeks pregnancy and mudah-mudahan berakhirlah segala mabuk2, loya2 etc semua... semoga bole active sedia kala :)


Wokeh, selain dr itew mentekedarah ada projek lain jugak.  Konon2 nak jd broker tanah kan sekali tanah mahal kooo ahahahaha


Marilah beristiqamah dan kumpul duit dan berbisnes dgn jayanyer kalau idak beli tanah kat nursery sajork ekekekekeke...

Owh, btw weekend nie iaitu Jumaat-Sabtu saya ada kat Kg lagi yahuuuu... bukan pasal mak yong ngidam lerr.  Tapi mak saya buat kenduri sempena nak sambut puasa (biasalah ai org Johor, sambut puasa konferm ada kenduri), lepas tu sempena my sister abih belajar and also sempena buat akikah anak sedara ai.. tp dah tua ler dier udah 2 thn ekekekeeke... takpe nasi briyani gam + kambing punyer pasal Mak De balik ye Wafiq :)







Note: We an authorized dealer of Premium Beautiful. We provide professional service and consultation to make sure you all get the best. Free demo and consultation provided.

6 comments:

  1. wah noya...ni tempoyak pesen apa ni? kenapa raja tempoyak aka my hasben tak tawuu wuwuwuwu...

    ReplyDelete
  2. ahahaha ye ker xtau ke dier saje xbgtau ko ekekekeke...

    tu la aku kan sejak2 ngandung nie tah nape hobby belek buku resepi sekali terjumpa ko masakan kampung terus terliur jerkkk...

    Sedap tie.. tp setakat nak ilangkan ngidam aku bole leh nak mkn banyak2 karang sia sia sedekah kat toilet ahahaha

    cuba tie jgn tak cuba.. takpe blk Elephant Stone nanti leh buat kalau kat UK xder tempoyak ekekekeke

    ReplyDelete
  3. ehhhh aku tau resepi tempoyak ni. selalu tengok mak mertua aku buat. hahaha.

    semua bahan hampir sama.

    tapi ibu mertua cuma pakai pucuk ubi, daun kunyit dan serai. pastu takde santan.

    favourite hasben aku ni. tapi aku tak berapa layan. boleh makan, tapi bukan gila makan la. hahaha. ada satu bau dia yg buat aku rasa menu ni sedikit berasid dan mengeluarkan wasap - apakah?!!

    ReplyDelete
  4. haaa kan zufa ekekekeke..

    hah ko bio beno berasid dan wasap ko nie... jgn buat suspend nie bukan ujikaji kimia tahuu :P

    Tetiba tingat kat ayin masa kitaorg buat thesis, sib baik xterbakar lab ahahaha

    ahahahaha

    ReplyDelete
  5. maksud aku, dia ada satu bau ni yg macam bergas tau - eh tak taulah aku nk explain cemana. tapi mungkin sebab bau daun kunyit ngan serai tu la. campur pulak dengan tempoyak yg memang dah sah-sah makanan peram a.k.a durian basi. kahkahkah.

    sedap bila makan dengan nasi panas2. klo nasi sejuk tak umppphhhhh la.

    ReplyDelete
  6. ahahaha tempoyak=durian basi ahaaah creative la ko nie...

    lepas nie bole buat teka teki... banyak2 makanan, makanan apa yg makin basi makin syedapp ekekeke

    ha betul makan dgn nasi panas baru meletop ekekeke

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...