23 May 2011

Nak Makan Seekor Gajah ???





"People become really quite remarkable when they start thinking that they can do things. When they believe in themselves, they have the first secret of success." 





Bagaimana yer nak makan seekor gajah?

Jawapannya ialah dengan dengan memakannya sedikit demi sedikit.  Lama-lama habislah. 



Satu lagi soalan yang lebih kurang sama ialah bagaimana ingin menebang sebatang pokok yang sangat besar? 


Jawapannya ialah dengan menarahnya dengan kapak sehari demi sehari.  Mungkin selepas seminggu, sebulan atau pun setahun, pokok itu akan berjaya ditebang. 

Tempoh masanya mungkin panjang tapi apa yang pasti, ia akan berjaya juga ditebang. 


Apa yang penting ialah kita berusaha secara berterusan tanpa kenal erti putus asa. 


Begitulah juga dengan...

-memiliki rumah yang kita impikan
-ingin menunaikan fardhu haji
-peningkatan terhadap tahap kewangan kita
-Menglangsaikan segala hutang piutang kita
-melancong ke tempat yang paling diidam-idamkan
-mendapatkan kebebasan kewangan

Semuanya tidaklah mudah untuk kita mengecapinya. Tapi dengan usaha yang berterusan walapun nampak kecil, ianya akan mendatangkan hasil juga pada suatu hari nanti. 


Ingat! usaha kena bersungguh, walau aper pun yg anda usahakan.
berterusan dan berterusan, jangan bosan!



Ingat, perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama. 


Tanpa langkah yang pertama, kita tidak mungkin berlari pada hari ini. 
Anda rancang tindakan yang ingin dilakukan dan mulalah bertindak sekarang. 
Tindakan kita pada hari inilah yang akan menentukan siapa kita pada masa akan datang dan masa yang berlalu tidak akan sesekali dapat diulang kembali. 

bersedia untuk berlari bersama kami
Call Nora 013-981 6675
email norahamsan@yahoo.com










Note: We an authorized dealer of Premium Beautiful. We provide professional service and consultation to make sure you all get the best. Free demo and consultation provided.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...