28 May 2011

IKEA Meatball adalah HALAL

Sources : yanmieonline.com

Lepas kes Secret Recepi.. IKEA plak... tapii perasan tak ??? the positive side of both issue is, Org Islam secara khasnya dan penduduk Malaysia secara amnya sgt prihatin dgn aper yg diorg consume. Yg Muslim akan aware the Halal Logo & Halal Place and yg non-muslim pun akan dpt education tentang halal & haram sesuatu produk ataupun makanan. Islam itu Indah uolss. Secara tak langsung semua org merasa tempiasnya.


Updated : Ikea Meatball adalah HALAL (Wednesday, 5.28pm)

- Sama2 kita nantikan pengumuman 100% yang sebenarnya dari pihak Jakim

Baru sebentar tadi, Yan call Ikea 03-77267777 sendiri dan tanya pasal status sijil halal meatballs, sebab terlalu ramai yang kata Haram dan ada jugak kata halal, tak puas hati terus sahaja buat panggilan ke ikea dan bercakap sendiri dengan En.Roslan.

Merujuk kepada perbualan kami tentang status Ikea Meatballs yang dikatakan haram, En.Roslan berkata bahawa produk tersebut adalah halal dan mempunyai sijil halal dari jakim. Ikea Meatball menggunakan produk dari Malaysia.

En.Roslan juga berkata, Ikea Meatball memang tidak memaparkan logo/sijil halal, tetapi sekiranya pelanggan ingin melihat sijil halal tersebut mereka akan bersedia untuk menunjukkan kepada pelanggan, dan ada orang tertentu yang akan membantu pelanggan untuk menunjukkan sijil tersebut.

Lotus Consulting Group is appointed as marketing and distribution agent for MacFood Services Sdn Bhd which service Hypermarket and Quick Service Restaurants.”



Pengeluar Produk Ikea Meatball – MACFOOD SERVICES (M) SDN BHD

http://www.halal.gov.my/ehalal/index.php?ty=directory&type=A&hits=OK

Ura-ura yang mengatakan Ikea Foodcourt ditutup hari ini memang betul, tetapi ianya bukanlah dari produk Ikea Meatball, tapi dari 1 produk lain di Ikea Foodcourt, dan atas tindakan berjaga-jaga/berhati-hati mereka terus menutup Ikea Foodcourt dan menyamak tempat berkenaan.


[gambar : http://www.facebook.com/ikeameatballs?sk=photos ]

kadang benda yang halal pun kalu cara pengendaliannya tak betul boleh jadi haram jugak, apa pun yang kita makan, kalau rasa was-was jangan makan, itu je…

Note : Saya sendiri belum pernah makan Ikea Meatball ini, Apa pun kita tunggu keputusan dari pihak Jakim berkenaan isu ini.


Nota Nora : Pernah sekali makan meatball Ikea memang sedap ekekeke... risau la jugak sebab dah jadi darah daging kita kan, anyway kita tggu pengumuman dr pihak Jakim plak. Kalau kawan-kawan still was was better tinggalkan wokeh. Peace !

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...