25 May 2011

DNA Babi dalam bahan buat kek & roti


Taken from blog izmirridzwan.com

Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.
Lebih memeranjatkan, blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com turut mendakwa bahawa bahan-bahan berkenaan kini dikatakan digunakan oleh rangkaian kedai pembuat kek terkenal dalam produk mereka yang sebahagian besar pelanggan adalah masyarakat Islam.
Laman web www.halal.gov.my milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan.
Jakim turut menyenaraikan bahan makanan itu digunakan rangkaian kedai kek berkenaan.
“Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Puratos Malaysia Sdn. Bhd. dikehendaki menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf dan mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf.
Syarikat tersebut adalah:

Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 )

8.
TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011
9.
TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPE BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011
Justeru itu, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
UPDATE 1 : Sila ke pautan INI untuk dengar berita dari SECRET RECIPE sendiri
ok, untuk yg malas nak click.  Inie adalah isi kandungan pautan yg dikatakan
Saya, Wan Zawani Bt. Wan Ahmad, Eksekutif Halal daripada syarikat Secret Recipe ingin menyatakan maklum balas di sini berhubung hebahan atau kandungan artikel blog yang telah dibawa untuk perhatian kami. Kami amat kesal kejadian seumpama ini boleh berlaku walhal perkara ini langsung tidak terjadi di syarikat kami kerana kami sepenuhnya menggunakan bahan-bahan ramuan yang halal serta mendapat pensijilan halal dari daripada badan yang diiktiraf iaitu JAKIM. Jika terdapat sebarang kemusyikan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak kami di talian 03-78034891 dan berhubung dengan saya. Dengan ini, kami juga ingin memaparkan kenyataan rasmi daripada syarikat Secret Recipe berikut :
UPDATE 2 : Sila ke pautan INI untuk semak sijil halal untuk SECRET RECIPE

Kata Nora :
saya nie bukanlah peminat tegar Secret recepi, tapi memang suka la makan kek2 dier ekekee.  So, dgn terdapat siaran media dari Secret Recepi sendiri.  Insyaallah, takdelah was was selepas nie nak makan.  Actually saya lebih suka buat research tentang kesahihan sesuatu statement dr percaya bulat2.  Maklum takut mendatangkan fitnah. Tetapi jika saya xbertemu jawapan yg sohih dan boleh dipercayai, saya akan hindari yg was was.  Lagipun banyak sgt kes yag memula cakap haram, alih2 JAKIM says halal.  So pening kita nie sebagai pengguna.  Maafkan saya jika salah. Peace!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...