15 May 2011

Cantikkan diri untuk suami


Oleh ZUHAYATI YAZID, Utusan Malaysian (3 May 2011), Sisipan Keluarga


BAGI seorang wanita pastinya kita mengimpikan hidup seperti seorang selebriti atau ratu cantik? Malah, dunia wanita sentiasa dihebohkan dengan pelbagai penemuan baru untuk tampil lebih 'mengancam' di tengah-tengah kaum lelaki.

Manakan tidak, setiap wanita yang masih bujang mahupun sudah berumah tangga pastinya mahu kelihatan anggun di khalayak ramai.

Malah, pakar kecantikan berlumba-lumba mencari rumusan ubat-ubatan dan alat penjagaan kecantikan wanita dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Ia menjadi komoditi yang laris di pasaran.

Bagi wanita yang amat prihatin dengan isu kecantikan, fesyen dan gaya semasa sering berebut mengambil peluang keemasan mendapatkan produk-produk terbaru keluaran syarikat berjenama dari dalam dan luar negara.

Keadaan ini semestinya bagi memperkemaskan diri supaya kelihatan anggun dan bergaya pada setiap saat.

Bagi kaum Adam, memang sungguh seronok melihat isteri di rumah dalam keadaan yang cantik dan pandai bergaya.

Apatah lagi, selepas kepenatan mencari nafkah dan pulang ke rumah dengan pengharapan pemandangan yang indah-indah belaka .

Bagi lelaki beruntung mendapat isteri yang cantik, apa pun jenis pakaian dan perhiasan yang dipakai semuanya sesuai dan anggun dilihat.

Namun sayang ada di kalangan isteri yang beranggapan tidak perlu lagi bersiap untuk suami.

Tindakan tersebut hanya merugikan masa dan tenaga lebih baik tumpukan kepada yang lebih berharga.

Namun tahukah kita bahawa, sebagai lelaki normal yang bukan jenis malaikat, suami tak akan sanggup melihat isteri di rumah dalam keadaan kotor, kusut-masai dan berbau semacam lagi teruk jika menyambut suami dengan muka kecut mencuka.

Sementara di luar sana pemandangannya begitu berlainan, bahkan ramai yang kecundang oleh rangsangan jahat diluar sana.

Oleh itu, sebagai isteri tidak salah kita berdandan dan kelihatan cantik dan berseri, bukan untuk tatapan orang tetapi untuk orang yang kita cintai.

Kembalikan diri kita seperti zaman bercinta supaya sentiasa disenangi dan terus dibelai.

Kalau dalam mencantikkan diri, pakar kecantikan mengesyorkan perawatan wajah dengan melakukan tiga sentuhan iaitu membersih, melembap dan juga menyegar.

Alangkah baiknya jika sentuhan terakhir juga dilakukan iaitu sentiasa menyapukan dengan bedak 'syukur', gincu berona 'reda' dan pembayang mata jenama 'sopan' lagi malu.

Jika anda bergaya di rumah pun suami pasti tergoda. Berada di luar rumah pun suami tidak akan tergoda oleh daya tarikan dan juga aset kecantikan yang paling hebat yang dimiliki oleh seorang wanita.

Malah kecantikan kedua-dua tangan wanita bukan hanya dinilai dengan kelembutan dan kehalusannya semata-mata tetapi pertolongan untuk suami dan anak-anak. Demi membina keluarga bahagia adalah kekuatan yang tidak ternilai.

Tidak timbul sentimen dalam soal pengagihan kerja ataupun nafkah harta benda kerana Rasulullah sendiri menyuruh para wanita untuk banyak bersedekah dan yang paling utama ialah sedekah kepada ahli keluarganya.

Malah, tubuh badan yang ramping serta ringan merupakan 'magnet' penting hubungan suami isteri.

Sebagai isteri, kita mesti banyak mencuba ubat-ubatan untuk menguruskan badan, apatah lagi isteri telah mengalami proses mengandung dan melahirkan.

Persepsi agama tentang diet amat mudah, selagi mana makan dan minum itu tidak memudaratkan kita boleh menikmatinya.

Tetapi sayang kebanyakan orang tidak ingat langsung setiap suapan yang dimakan itu!



Kata Saya :

Kadang-kadang kita xsedar dgn penampilan kita sampai lah suami kita tegur... tu kalau suami rajin tegur... abis kalau suami xtegur tapi dok terus layan "org luar' cemana???

so kawan-kawan bak kata org baik beringat sebelum kena... karang dah kena baru hegeh2 nak pakai PB eh.

ehehehe besa ler iklan PB ler kejap.... ehehehe oklah kawan-kawan... 

dah baca kan keratan akhbar kat atas tu.... yg siap bold tu lagi... tgk yer wanita sanggup berhabis duit demi merebut cinta + perhatian sampai kadang-kadang sanggup operate aper yg dia xberkenan, makan aper yg dier fikir utk nampak kurus + cantik semata-mata kerana aper ??? nak CANTIK... betul tak..

Memang kecantikan adalah subjektif tetapi setiap wanita berhak utk memilikinya...


Ada lak yg cakap "ala kak lelaki nie kalau dah nak org lain... bini macam model pun dier tinggal kak"
"yer dik memang lah kata org, kalau dah xder jodoh nak wat cemana tapi yg penting dik... ko usaha dah dik... ko dah cantik meletops... kalau laki ko tinggal ko dik... ha harus dier gigit jari kalau ko jd rebutan ramai nanti dik"

Tetapi sekarang ada cara yg lebih sihat untuk kekal jelita, menawan dan berketrampilan dan berkeyakinan... nak tahu dgn aper... mestilah dengan Premium Beautiful (alah korang pun leh agak kan ehehehehe)

nak tahu lebih lanjut leh Call 013- 981 6675 atau 
pada sesapa yg segan tapi nak citer banyak bole email norahamsan@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...