22 May 2011

Al-Fatihah untuk mereka

Al-Fatihah untuk mangsa-mangsa tanah runtuh di Madrasah Al-Taqwa. Hulu Langat.  Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yg beriman.  Insyaallah surga buat anak-anak tersebut. Amin


Rentetan dari peristiwa tanah runtuh tersebut.. Taken from various source.


Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, dekat sini, hari ini. Setakat 7 petang ini, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis.

Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan. Semua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini hari ini. Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki. – BERNAMA


















Setiap yang hidup pasti akan mati !


Gambar MANGSA KEJADIAN TANAH TUNTUH DI Rumah Anak Yatim Hidayah Madrasah Al-Taqwa Ulu Langat di ambil di sini

Semoga keluarga mangsa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan ini.


UPDATE TERKINI – 10.20pm – Seorang berjaya dikeluarkan, Abang Iwan (33), selamat.

10.30 – Jumlah terbaru yang terperangkap ialah 25 orang. Dua maut iaitu Abang Farid, Shahrul.

Jumlah terbaru: seorang yang baru dikesan bernama zaid aswad, 18, masih tertimbus.

Maklumat terbaru: Zaid syawal, 18, boboy, 10, meninggal dunia. Jumlah terkini, lapan pelajar dan dua penjaga dewasa meninggal dunia. Enam pelajar terselamat dan tiga dewasa manakala enam orang masih terperangkap.

Source : puanbee.com


Nota Nora : sayu hati membaca and melihat gambar runtuhan nie.  Bergenang air mata teringat nasib anak-anak nie, setiap kali keluar berita kat TV.  Dan tetiba teringat pulak kat Ain & Rayyan di sekolah.. Ya Allah peliharakan anak-anakku dr segala bencana & petaka. Amin

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...