07 April 2011



 “Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada ) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu” pesanan daripada Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.


Berdasarkan Hadith Nabi:
“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

 
 

Huraian hadith:

  • Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada).
  • Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah).
  • Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah.
  • Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh, tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita.
  • Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah.

Kesimpulannya:


Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris.  Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari.  Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya).

Source : feryco.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...